ANUGERAH TUHAN

Kita ini sebenarnya diberi bermacam-macam anugerah dan kelebihan. Dan sedar tak kita sebenarnya, semua anugerah ini diberi oleh yang Maha Satu iaitu Allah swt. Salah satu anugerah tersebut ialah MATA kita..Mata kita adalah antara anugerah yang terhebat kerana apa?  Kerana kita boleh melihat satu benda dalam pelbagai pandangan.. Andai kata korang tak percaya.. Cuba anda semua baca ayat-ayat dibawah. Ayat dibawah ditulis terbalik macam awak = kawa. Jadi cuba korang baca.

 NAMUMUGNEP
imak naka ipadahgnem mps kat amal igal. idaj imak kadit naka isareporeb kutnu artnemes utkaw. imak aguj nusuynem hulupes iraj nohomem nafaamek  nad nakaod imak ayajreb nagned gnalremec ay. amiret hisak imak nakpacu anarek idus acabmem golb imak. nakitnan nalucnumek imak adap nalub rebmesid ini.

Anda boleh membacanya bukan? Saya dan sahabat saya boleh, jadi pasti anda boleh..Masih tak dapat? Cuba baca slow2 dan insyallah anda akan dapat membacanya. Ini antara bukti yang kita boleh membaca dengan lancar walaupun perkataan itu diterbalikkan. Sekian terima kasih..
 

RAMADHANIAN ATAU RABBANIAN ???

KISAH 1
 
      Pada awal bulan Ramadhan, terdapat sebuah masjid yang digelar masjid Al-Amin. Kelihatan kelibat seorang insan bernama Anas sedang khusyu' melakukan ibadah kepada Allah SWT sementara menunggu azan subuh berkumandang. Amalannya itu akan dilakukan pada setiap pagi pada bulan Ramadhan dan dipandang tinggi oleh orang lain.

KISAH 2

      Di pagi subuh yang menyegarkan, semua orang islam dikejutkan dengan laungan azan subuh dari setiap masjid bedekatan supaya mereka boleh bergegas untuk solat berjemaah di masjid. Imam Syed mengetuai solat subuh tersebut dan beberapa minit selepas imam memberi salam, seorang hamba Allah memasuki rumah Allah untuk menunaikan solat dan orang sekeliling menggeleng kepala kepeningan melihat perangai orang tersebut. Di bulan Ramadhan, amalannya dilakukan dengan konsisten dan tekun tapi sebaik sahaja Syawal tiba, konsistennya hilang,amalan semakin berkurang dan kelibatnya di masjid juga semakin sukar dicari.

  Cuba anda teka siapakah hamba Allah di kisah 2 ini ??


PENGAJARAN
         Dari kedua-dua kisah tadi, kita dapat melihat seorang manusia dengan dua personaliti yang berbeza-beza pada bulan-bulan yang tertentu. Ini yang dimaksudkan dengan Ramadhanian iaitu hamba kepada Ramadhan dan hanya melakukan ibadah dengan hebat pada bulan Ramadhan sahaja. Berbeza pula dengan Rabbanian iaitu hamba kepada tuhan kita iaitu Allah SWT . Dengan menjadi Rabbanian, kita akan sering melakukan ibadah kerana kita tahu Allah berada dimana-mana dan pada bila-bila masa.
 
 

ISLAM itu dagang??

 '..Islam datang dalam keadan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang dan beruntunglah orang yang berada dalam keadaan dagang..'


         Pada suatu hari,ada seorang pemuda sedang menunggu seseorang di taman.Kemudian,pemuda tersebut tersenyum dengan kehadiran seorang remaja perempuan.Mereka seronok bermesra dan berpegangan tangan ibarat pasangan yang ber'couple'.

         Tiba-tiba,mereka ternampak seorang pemuda lelaki bermesra dan berpegangan tangan dengan orang disampingnya. Mereka kehairanan lalu menghiraukannya perkara tersebut. Beberapa minit kemudian,mereka ternampak lagi seorang wanita berpegangan tangan dan bermesra-mesraan dengan orang bersamanya. Mereka kehairanan kerana mereka bermesraan dengan jantina yang sama iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.Pemuda tersebut terus berdialog kepada perempuan yang disampingnya. 
Pemuda : Cuba sayang tengok tadi,dunia sekarang dah teruk sampai lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki.
Perempuan : Saya pun setuju dengan abang

Pemuda : Tengok kita berdua, cinta yang suci lagi murni.
    
             Mereka berpuas hati dengan perbualan mereka dan tiba-tiba seorang pemuda yang terdengar perbualan mereka datang menyapa mereka. 

 Pemuda(B) :Assalamualaikum,abang dan kakak....Perbuatan yang kalian lihat tadi bukanlah perbuatan sumbang seperti yang anda fikirkan. Itu  yang dikatakan 'Ukhuwahfillah' iaitu bersahabat hanya kerana Allah SWT dan untuk  pengetahuan korang berdua,perbuatan koranglah yang dikatakan sumbang kerana  berpegangan tangan dengan lelaki dengan perempuan. 

  Pasangan tadi terdiam dan berlalu pergi.

    PENGAJARAN
Cuba renungkan hadis dan cerita diatas, orang anggap lelaki bermesra dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan ialah perkara yang dikatakan sumbang manakala lelaki ber'couple' dengan perempuan ialah perkara biasa.Inilah yang dimaksudkan dengan hadis diatas.

     p/s : minta maaf kalau ada salah silap..sekian terima kasih...
 

Keindahan alam!!


berbalik kpd post aku yang sbelum nh, kitorg ade pergi kursus photography kt taman wetland, Putrajaya..
kt situ pemandangan lawa gle..tumbuhan sume cool je..
Tengah leka ambil gambar, tetiba terfikir sejenak mengenai keindahahan alam..
ble tgk bunga2, rama-rama trbang sane-sini, pepatung posing dpan blakang, rase cam perfect alam nh..
badan peluh2 tpi rasa puas..
mgkin post kali nh x byk cakap tpi akan diselitkan dgn gamba2 agar kte boleh menghayati
satu persatu keunikan ciptaanNya.



Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)